|
|
| Friday, 17-Feb-2006 18:07 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Steamboat, Shaq's splurge and BOWLING!
|
 |
|
TAKE 5 = tgk movie jap kat iMAC5 hehe...
|
|
 |
|
Fuzzy amik kesempatan bergambar ngan SyaIda1
|
|
 |
|
kendian bergambar plak ngan SyaIda2...prasan perbezaan 1&2?
|
| | View all 71 photos... |
|
Berita Gempar Di Tanah Malaya....
p/s: aku jumpe nih dalam Harian Metro - Sabtu, 18 Feb 2006. Tak tau la korang nak percaya ke tak tapi mmg ramai yg nampak mlm tuh. Cheerio~~
KUALA LUMPUR - Segerombolan kanak-kanak riang yang aneh telah dilaporkan oleh orang ramai sekitar Melawati dan Hartamas lewat malam tadi. Kejadian yg melibatkan 7 anak-anak muda ini amat membimbangkan penduduk setempat yg percaya mereka bukan dari planet ini. Seorang makcik yang enggan namanya disiarkan berkata, dalam kejadian segerombolan kanak-kanak ini dilihat bersorak tempik dalam bahasa yang sukar dimengertikan, mungkin dialek dari afrika atau mungkin bahasa ET. Seorang lagi saksi mendakwa ternampak segerombolan ini melompat sana dan sini tiada henti seolah-olah seperti di taman permainan tadika, sehinggakan kepalanya pening kerana bebola matanya penat melirik ke semua arah akibat melihat kerenah mereka. Sekumpulan remaja nakal juga mengakui terpampan dengan kehadiran segerombolan ini yang jauh lebih 'advanced' kenakalan dan ke'lahar'an dari mereka sehinggakan mereka sendiri malu dan melarikan diri. Tetapi kejadian yang paling pelik dan di luar norma ialah apabila segerombolan ini ternyata mampu mungubah struktur tangan mereka kepada bebola. Tidak cukup dengan itu, kelihatan bebola-bebola ini didatangkan dengan warna-warna yang menyilaukan mata. Tetapi selepas tepat jam 1.35 pagi waktu tempatan, bayang-bayang mereka terus ghaib dari penglihatan, seperti tidak lagi berpijak di bumi nyata. Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat akan fenomena ajaib ini, sila hubungi talian bebas tol 1-800-KILL-DORAEMON atau 1-300-POISON-DORAYAKI, atau terus berjumpa Inspektor Abang Misai di Alburn Hall. reuters
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 5-Feb-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mordialloc beach
|
|
Hari itu angin bertiup sepoi2 bahasa. Cuma 28deg Celcius. Langit cerah berwarna biru, tanpa sebarang awan kelihatan.
Tiba2 Freddie membuka mulut.
"Dolah, bila nak mandi laut ni?"
"Apakata kalau kita pergi sekarang?", Dolah membalas.
"Boleh! No problem! Nak ajak sape2 lagi ke?"
"Ajak aje sape² yg nak pegi"
Lalu, tanpa membuang masa, setelah calling punya calling, seramai 10 orang telah dapat dikumpulkan. Lalu bertolaklah mereka ke Mordialloc Beach, yg terletak tidak jauh dr Windsor itu.
Air yg sejuk, pemandangan yg cantik, angin sepoi2 bahasa - cukup berbaloi perjalanan ke pantai pada hari itu.
Lain kali konfem nak pegi lagi. Tak gitu kawan-kawan?
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 4-Feb-2006 10:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Kahwin Maran
|
 |
|
Pengantin baru
|
|
 |
|
kamarul & lina pose bersama pengantin
|
|
 |
|
mak dah pesan, senonoh sket prangai tu kat umah org
|
| | View all 10 photos... |
|
Alhamdulillah , Mazran, sorang lagi warga hall menjejakkan kaki ke alam perkahwinan. Sememangnya setiap manusia ada pasangannya, bagaikan ada laut, ada perampok . Tahniah diucapkan drp kami semua. Semoga kekal ke anak cucu . Kami, rakan-rakan Melbourne yang berada di Semenanjung sempat menghadirkan diri ke majlis tersebut. Maran akan pulang semula ke Melbourne untuk menyambung pengajiannya utk semester terakhir bagai air mencari jenisnya, tidak kah begitu Maran? Namun begitu janganlah bingung bagai ayam kena kepala , dah ditentukan kamu berdua sehidup semati umpama ayam pulang ke pautan . Sang penulis mula mengarut, oleh itu, saya undurkan diri dengan ucapan Assalamualaikum....
Owhh lupa ...lepas majlis tu, kitorg konvoi pegi restoran Jejantas di Sg. Buloh dan makan Baskin Robin!
Sekian, mekaceh.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 10-Jan-2006 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hari Raya Haji 2006 / Eidul Adha 1426
|
 |
|
Pagi2 before semayang, Anis kena buat air sambil posing dulu
|
|
 |
|
note the empty rows at the back?
|
|
 |
|
Abg dolah kita tgh baca khutbah
|
| | View all 16 photos... |
|
| Quote: | Kehadapan Mak, Abah, Atuk, Nenek, Pak Long, Mak Usu, Tok Ngah Talib dan kawan² yang berada di Msia. Semoga berada dalam kesejahteraan dan dibawah lindungan dan kurniaan rezeki drpd-Nya.
Di kesempatan ini, sempena Hari Raya, Haris ingin mengambil kesempatan utk memohon maaf dan meminta ampun sekiranya ada salah dan silap semasa Haris berada di Msia dahulu. Sememangnya sangat banyak kesalahan² Haris ni, sbb kalau nak dikira dengan jari, memang takkan cukup.
Mak, Haris la yang pecahkan pasu Mak yg Abah beli dari Itali tu.
Abah, Haris la yg pancitkan tayar kereta Abah, sbb Abah tak belikan Haris PlayStation2.
Atuk, Haris la pecahkan telur² ayam Atuk hari tu, sbb Atuk tak kasi mandi sungai.
Nenek, Haris la yg cabut pokok² bunga Nenek tu. Bila Haris dah cabut, Nenek tak payah susah² siram tiap² hari, kan?
Pak Long, jam Tag Heuer tu Haris dah jual kat kedai Ah Seng pajak gadai tu. Kalau Pak Long nak, Pak Long amik kat kedai tu ye?
Mak Usu, komputer Mak Usu tu mmg dah tak boleh pakai. Tu yang Haris masukkan virus. Tapi taktau pulak byk file² penting dalam komputer tu.
Tok Ngah Talib, Haris la yg masukkan racun tikus dlm mknn kucing Tok Ngah tu. Si Sunday tu nakal sgt, semuanya nak diusik.
Kawan², Haris la yg curi kasut Nike, baju Adidas, duit RM54.60, seluar Dockers, topi Von Dutch, raket badminton dan macam² lagi la. Itupun ada yg Haris dah lupa.
Oleh itu, di Hari Raya ini, Haris nak mintak maaf banyak-banyak kat semua orang yg kenal Haris. Haris janji Haris tak buat lagi. Maafkan Haris ya!!!
Yang benar,
Haris Hashim (bukan nama sebenar)
2nd Year Student,
Melbourne University (bukan Uni sebenar) |
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 3-Jan-2006 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Gathering Melb @ KLCC
|
|
Hanya segelintir daripada budak-budak Melbourne yang hadirkan diri, seperti Nadia, Alia, Lina, Fazira, Syaz, Ida, Pyan, Emil, Shaq, Keat dan Maran. Yang selebihnya, menyibukkan diri dengan mencari rezeki di Kuantan, melayan keluarga yang baru dibina, ada yang pulang ke kampung halaman seperti Melaka, antara yang tak dapat hadir seperti Adil, Haziq, Intan, Abang Muiz dan Kak Efa. Sungguh meriah dan havoc suasana Picnic KLCC dengan kehadiran ke-11 budak Melbourne. Ada yang gelojoh membeli McDonald utk makan tengahari dan ada yang kempunankan nasi ayam. Oohh dan ada juga yang terpaksa dipapah untuk membeli makanan kerana keadaannya yang kurang upaya buat tika itu...Kesian Pyan... Untuk rakan-rakan di Melbourne, maafkan kami kerana makan McD tanpa ingatkan sahabat handai di sana. Ambik bau jelah ye! We are so sorry Shah. Aktiviti sejurus makan McD, kami membuat rombongan ke TGV KLCC dan menyaksikan filem melayu iaitu Baik Punya Cilok yang dibintangi oleh Afdlin Shauki, Awie, Hans Isaac dan AC Mizal...Seronok dan sungguh melucukan. Setelah tamat menonton filem tersebut, senja menjelang dan kami pun pulang...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 31-Dec-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Special Edition – Model-model Geelong 2005.
|
 |
|
Pose "Tersenyum simpul di bawah pokok di siang hari"
|
|
 |
|
Pose "Menanti sambil termenung di jeti di kala tengahari"
|
|
 |
|
Aksi "Tawa riang sambil menutup mata di pesisiran pantai"
|
| | View all 10 photos... |
|
* 30 Dec 2005
Wah… wah…. wah…. Rupa-rupanya ramai warga hall yang mempunyai bakat terpendam di dalam bab-bab modeling nih. Aktiviti jalan-jalan ke Geelong tempoh hari bukan saja telah berjaya mencungkil bakat-bakat terpendam di dalam bab makan malah, bakat posing (siap dengan tema dan konsep tersendiri) turut berjaya dipamerkan. Mari kita sama-sama saksikan…
|
|
|
|
|
|
| Friday, 30-Dec-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jalan-jalan cari makan ke Geelong
|
|
Di antara aktiviti kegemaran warga hall adalah tak lain dan tak bukan, iaitu aktiviti makan-makan. Dan bila aktiviti makan-makan ini digabungkan pula dengan aktiviti jalan-jalan, maka tercetusla satu lagi aktiviti cemerlang hasil usahasama warga dewan. Kali ni, warga dewan telah mengembara jauh ke Geelong untuk sesi makan-makan di Smorgy’s. Walaupun konsep makan-makan kali ni adalah berbentuk “eat all you can” namun malangnya tak seorang pun yang berjaya mencapai target five course meal kerna tahap kekenyangan yang teramat sangat. Tapi takpe… lain kali kita pergi lagi, k?
Selepas selesai makan-makan, warga hall kemudiannya bergerak ke Werribee Park dan menamatkan aktiviti jalan-jalan dengan sesi bergambar bertubi-tubi di Victoria State Rose Garden. Aktiviti kali ni merupakan antara aktiviti bersama terakhir warga hall untuk tahun 2005.
Semoga tahun 2006 menyaksikan aktiviti-aktiviti bersama sebegini diteruskan.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 25-Dec-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Christmas Dinner
|
 |
|
Mmmmm.... sedapnye...
|
|
 |
|
Special plates for special ocassions
|
|
 |
|
Mmmmm... air ni pun sedap
|
| | View all 13 photos... |
|
It feels like home...
Apa saja perayaan yang disambut di Malaysia turut dirasai di Dewan Malaysia. Jika dulu kita meraikan perayaan Kuih Bulan bersama-sama Chong dan Keat dan juga Hari Raya Aidilfitri bersama-sama hallians lain, kali ni, kita meraikan Krismas bersama-sama Anielia. Untuk Christmas Day kali ini, Anielia (dengan dibantu oleh Titi), telah menyediakan makan malam istimewa. Malam tu ade roasted turkey, ayam goreng, mi goreng, salad buah-buahan, mix veggies (hallians' old-time fave ) dan juga sambal tumis sotong .
Pada majlis makan malam yang sama, warga hall turut meraikan harijadi Anis yang jatuh pada hari sebelum nya (bak kata Anis, "Camner nak buat dah terberanak hari tu" - note to Anis: perkataan tepat adalah "dilahirkan" yer? Bukan terberanak. Cuit skeeet ). Berapa dah umur gadis itu? Tu kene tanye orangnye.
With this, we would like to wish Anielia a very Merry Christmas. Hope this Christmas will bring you great joy and happiness. And to Anis, Selamat Menyambut Ulang tahun ke dot dot dot (... yang kuat. ). Semoga panjang umur dan mendapat jodoh yang sesuai *wink with pure innocence*.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 22-Dec-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bye bye Shakur
|
|
It’s that time of the year again…
Kali ni warga hall yang telah meninggalkan Dewan Malaysia adalah tak lain dan tak bukan, iaitu saudara Shakur. Setelah hampir empat tahun menjadi ahli keluarga dewan (dan pada masa yang sama, habis pusing satu Australia) beliau akhirnya kembali ke tanah air.
Exceptionally talented in many ways, a reliable team player, uniquely down-to-earth, intelligent… those are just a few words to describe his many admirable traits. His return is a definite gain to Malaysia but a much-felt loss to Malaysia Hall. Ini kerana beliau merupakan diantara nadi penggerak utama Dewan – dari hal-hal berkaitan kehidupan seharian warga hall ke perkara-perkara penting yang membabitkan warga Malaysia di Melbourne umumnya.
Kepulangan beliau sememangnya amat dirasai.
Dengan ini kami semua ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Shakur di atas jasa anda selama ini kepada Dewan Malaysia. Tahniah kami ucapkan diatas kejayaan menamatkan pengajian dan semoga terus maju jaya di dalam bidang yang anda ceburi.
And most of all thank you for the wonderful memories and the good times that we had.
You know what they say, goodbyes are necessary before we can meet again so see you in Malaysia!!
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 13-Dec-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hall's new face
|
|
|
Update! Update! Check out Hall's new fence and tiling for laundry room.
|
|
|
|
|