Want your
own Fotopage?







 
Malaysia Hall 's FotoPage
Malaysia Hall
By: Malaysia Hall Melbourne

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 15-Apr-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Sambutan Maulidur Rasul 1427H

muslimah Malaysia Hall bergambar kenangan sebelum memulakan tuga
yana, kak riza, kak jie dan kak ros
ayu bertudung litup...
View all 83 photos...
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi kerana pihak KDMM dengan kerjasama FAMSY dan KUAM telah berjaya menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul 1427H pada 15 April 2006, bertempat di Dewan Malaysia Melbourne.

Dengan tema sambutan "Muhammad: the Man and the Message", pelbagai acara yang telah diadakan seperti bacaan Al-quran, slide show, forum, persembahan islamik, pertandingan tulisan khat dan kuiz. Tidak disangka-sangka, hujan rahmat yang turun pada pagi Sabtu telah mengundang lebih 200 orang tetamu yang terdiri daripada muslimin dan muslimat dari sekitar Melbourne. Mudah-mudah kedatangan tetamu ini membawa keberkatan pada residen Malaysia Hall sendiri. Dan kami berharap pengisian Maulidur Rasul ini dapat menambahkan kecintaan umat kepada Rasul junjungan, Nabi Muhammad S.A.W.

Terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program yang penuh keberkatan dan rahmat, InsyaAllah. Sebarang kesempurnaan majlis adalah dari Allah dan sebarang kecacatan adalah kelalaian dan kecuaian kami sendiri...








waah.. ayunyerr! teehehehe!!! cun mahn, cun
syaz and kak tina.... *giggle* barely recognizable... woooo
Tue 18-Apr-2006 11:04
Posted by:LiL sIs
meriah!!! weh...gugu ade adik baru kat sane ek...muke sejibik bile dok seblah2 Thu 20-Apr-2006 14:31
Posted by:shaq
Ni lah karangan fotopages yg paling sejuk dan tenang saujana mata memandang. Kasi E skeet... EEEEeeeeeeeEEEeeeeeeEeeeeee (mo). Fri 21-Apr-2006 01:13
Posted by:tina
View all 5 comments Add comment


Friday, 14-Apr-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kelab Memancing Dewan Malaysia

tiada ilusi optik di sini, ikan memang lagi besar dpd afik
bila dibelah ikan2 besar tadi, baru dapat anak2 ikannya
ikan2 kemudian dibelai manja bagi memastikan kelembutan isinya
View all 14 photos...
Kelab Memancing Dewan Malaysia atau ringkasnya KeManDeSia telah ditubuhkan bagi menyahut seruan kerajaan yang ingin melahirkan insan2 yang serba boleh. Atas kesedaran ini, kelab ini memastikan ahlinya bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga boleh cemerlang dalam cerita tv realiti Survivor sekiranya terpilih suatu hari nanti.

Aktiviti Kemandesia dijalankan setiap minggu, di mana ahli2 terlebih dahulu membuat persedian untuk memancing, seperti menyediakan mata kail, membeli umpan dan memberus gigi. Apabila kesemuanya telah bersedia, ahli2 kelab bertolak ke lokasi lubuk yang terletak di satu tempat rahsia dan hanya diketahui oleh ahli2 kelab sahaja.

Bukan mudah untuk menjadi seorang pemancing berwibawa nih kenkawan. Hati mesi tabah, sebab kita nih ada misi. Biasanya tohmahan2 yang berunsur negatif nih dilemparkan kepada pemancing sekiranya pulang tangan kosong, seperti kawan kita si Ibrahim yang sampai sekarang masih badi.Tetapi, kami semu tetap tabah demi meneruskan perjuangan melahirkan insan2 yang penyabar, tekun, fokus dan hensem.

tahniahlah buat korang semua.gua ni memanglah minat giler bak pancing2 ni.tapi ikan yang u all pancing tu kecik sangat,kesian ikan tu,baru nak kenal dunia.u all dah tangkap.takpelah usaha dah ada.tingkatkan usaha anda.maksid gua pancing ikan yang matang saja ok.pancing ikan yang besar2.baru gempak bek........ Wed 5-Nov-2008 13:37
Posted by:diens jfw7836@yahoo.com.my
tahniahlah buat korang semua.gua ni memanglah minat giler bak pancing2 ni.tapi ikan yang u all pancing tu kecik sangat,kesian ikan tu,baru nak kenal dunia.u all dah tangkap.takpelah usaha dah ada.tingkatkan usaha anda.maksid gua pancing ikan yang matang saja ok.pancing ikan yang besar2.baru gempak bek........ Wed 5-Nov-2008 13:39
Posted by:diens jfw7836@yahoo.com.my
PERTANDINGAN MEMANCING CABARAN PAYA
KAMPUNG ORANG ASLI BUKIT LAGONG, OFF BUKIT IDAMAN (KOLAM PANCING TOK BATIN), SELAYANG, SELANGOR DARUL EHSAN.
TARIKH : 30 NOVEMBER 2008
HARI : AHAD
MASA : 8.00 PAGI-12.00 TGH HARI
HADIAH : KE-1 RM 3000
KE-2 RM 2000
KE-3 RM 1000, SERTA PELBAGAI HADIAH MENARIK MENANTI ANDA
TIKET PENYERTAAN : RM 60.00 ( 2 JORAN )
JANGAN LEPASKAN PELUANG MENARIK INI...
HUBUNGI : CIKGU HAZLEE ( 013-3837110 )
Kini dibuka untuk sesi latihan dengan bayaran istimewa RM 20.00 ( 3 jam )
Sesi latihan dibuka bermula jam 9.00 pagi sehingga 10 malam setiap hari...
Jom kita pakat gie ramai2.....
Thu 13-Nov-2008 15:26
Posted by:Rosie rosnah74@yahoo.com
View all 13 comments Add comment


Saturday, 1-Apr-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Hallenwealth Games 2006

naguib: eh korang tau tak kitrang nak gi mana nih?Hallwenwealth!
nadia dan intan: pebenda laa si pyan buat tuh
Org smua wat keje, dia curi tulang.
View all 99 photos...
Setelah setahun berlalu... Hall games muncul lagi.

kalu dulu, sebab coincident ngan athens olympic games, jadik lah nama dia hallympics. Tapi sebab tahun nih coincident dengan commonwealth games, dah tukar jadik hallenwealth pulak.... tapi yg sebenar2 nya, hallenwealth kali nie coincident ngan F1. sebab hari tuh la jugak f1 nyer qualifying lap test berlangsung. bising bkn main...
dah la tuu... cuaca lak hujan & berangin. tapi itu semua tidak mematahkan semangat
kanak-kanak riang hall utk bersukan.

sambil mendengar irama F1 yg mendayu-dayu, pasukan Rimau Gaban Juara, Ravens, Geng Kapak dan E bertarung bagi mendapatkan tempat teratas sebagai pasukan terbaik. macam2 diorang nih buat. ader yg dok kejar beg, carik gula2 yang takde dalam tepung, buat kapal terbang, main kejar2 & macam2 lagi. tengah2 diorang dok buat kapal terbang tuh, ader lak fighter jet & kapal terbang dok lalu lalang kat situ... terhenti la game kejap dok tengok aviation show tuh. pastu suma dok ngaku kapal terbang tu diorang punya.

meskipun pelbagai dugaan & cabaran yang menimpa, namun hallenwealth tetap dilangsungkan dengan meriahnya.... gembira tengok kanak2 riang hall melompat2 & berkejar kejaran. Semoga tahun depan, dapat buat lagi best....


mekasih pada sume org, mekasih pada ke'sporting'an mu, tahun depan korang buat lagik best eh.

p/s: kalu nak beli belon, beli belon yg kecik. kalu tak nnt baling tina dia melantun balik.
Wed 5-Apr-2006 15:12
Posted by:marshell
woaaa.. ada sukaneka.. menarik2 Mon 10-Apr-2006 06:26
Posted by:pari2  - [Link]
perghh...lame btol tak update rase cam bertaun2 jek....ape citer la korang sumer ek? adil...chubby spt dulu? muiz...clowny? shah...animistic? lutfi...? dollah..cheeky? pyan...crikey? apeng...boneless fingers? keat...manja lagi tak? eh...si adik 'angkat' korang dah pindah ke? tak nampak pon batang idong...balik papua ka? sape halau? isk3...oh ye..tak lupe jua kpd pn syazzo, pn effa, cik2: tina, an'eee's, syaz,chong, nadia, aniela, yanti....manakala kpd hallianz yg baharu...slamat dateng, smuga nanti kite bleh kenal2an...sape dok bilik aku ngan is???? kene jaga martabat bilik tuh woiii Fri 14-Apr-2006 19:03
Posted by:shaq
View all 16 comments Add comment


Tuesday, 28-Mar-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Securities Commission of Malaysia

 
 
 
View all 8 photos...
We were fortunate enough to be visited by the Securities Commission of Malaysia who were represented by 4 beautiful and kind ladies. Besides their mission of recruiting future SC employees, they made time to give an informative presentation on carreers in general. Im sure many of us found it beneficial and useful, since so many will be graduating soon. Thankyou SC for making time and visiting us, maybe someday a few of us will go work for you...eh kejap, dah ada, Abang Kamarul!

gua tak suka bangunan daun sirih tuh.
balik nanti gua nak buat semula bangunan SC nih.

itu lah misi kehidupanku di SC. sekian.
Sun 2-Apr-2006 14:09
Posted by:anisism
Add comment


Wednesday, 22-Mar-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Commonwealth Games - Hoki - Malaysia vs Pakistan

msia:wei peceter nih pakistan,amik sume bola..
penyokong2 msia yang ganteng kesemuanye
 
View all 52 photos...
Last night, hallians were seriously discussing on what to cheer, songs to sing. Semangat Cemerlang, Gemilang, Terbilang betul lah. This morning everyone was busy painting their faces with the tiger stripes, haih..Malaysian Tigers la katakann. Malaysians tetiba bersatu. Crowd was massive. Malaysia flags were everywhere, yellow-black everywhere. Overwhelming, ok people. Tu belum masuk bab terpekik terlolong terlompat serupa anak beruk takde mak bapak. Seriously fun. But the Pakistanis led after that 1-1, 2-1, 3-1, 4-1. Shit. 4-2. Ahah. Then it was already end of the first half. 4-2. The crowd didn’t stop screaming and shouting and cheering. The mat salehs watched hockey as though they were watching chess tournament ke haper. Senyap dan beradab nak mampos. So there we were, the Malaysian Tigers yang bikin havoc satu stadium. The security team even told us that some people complained that we were too noisy. Owh too bad, bugga. And on we went cheering, like mad.

The Pakistanis were still leading. We were behind. 5-2. Dah la the sun was practically on our heads, kalah lak tuh. Haih..sayur campur betul lah tigers nih sumer. But that didn’t stop us from cheering (or screaming our lungs out) until we scored another 3 beautiful goals to tie with the Pakistanis. The feeling then was beyond words though. 6 minutes left.

They scored another.

We were still cheering and jumping. Tuh kalah tuh, kalau menang aku tak tau lah havoc camne lagi. But all in all, it was one hell of a good game. Kalah menang tolak tepi. It was a good fight.


*dicilok tanpa kebenaran dpd anisism.blogspot.com muahahahahhaha raya nanti mintak maaf k?

nih didi yg dok wat program microp guna C programming language instead of assembly language tu ker? dok mana skang?

p/s: ewahhh... cam jejak kasih lak...
Wed 29-Mar-2006 14:24
Posted by:mazran
jejak kasih?
jap, jap...
nak amik tisu jap...

hehehe...
Thu 30-Mar-2006 01:14
Posted by:abdila  - [Link]
ehemm... ehemm... repot kang maran. Wed 5-Apr-2006 15:04
Posted by:shah
View all 26 comments Add comment


Friday, 17-Mar-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Commonwealth Games - Hockey

jap2, ni tiket nak tengok hoki ke nak ponteng kelas?
kite amik gambo dulu...ngeh ngeh ngeh
nampak sgt malaysia power, budak india yg lain dok sembunyik
View all 8 photos...
Malaysia lawan India...seri jek..tula..dah cakap dah kat budak India die, jangan, tapi degil gak,nak main, kan dah malu. Kiteorang dah bangun dulu dari pemain2 sume ni tau. Tininit..tininit..tininit.....”Fre-d bangun..dah pukul 5....kejut budak2 laki” Syaz tepon....Terkejut gak...sebab kejap gile tido. Kiteorang budak2 hall tdo kul 3 lebih . Malam tue dengan tak tukar baju (balik dari makan malam dengan dato' hajah jahara) terus jek cari bahan2 untuk sepanduk "Nah pakai aku nye a3, lagipon tak gune lagi" syaz bagi die nye paper, korban harte bende ni..bagus2.......so masing2 tanpe segan silu, tanpe meeting, terus buat keje masing2, ade tukang lukis, tukang tampal, tukang cat, tukang trim, tukang buat air, tukang komen, dan bermacam2 lagi tukang, tak terkire dan tak terlayan... en. pyan lak, dok solek beruang..makeover to harimau (nangis encik beruang tu, arini die kene jadik rimau..isk isk isk isk)bile bile dah siap tu masing2 dah berkobar2 nak bangun, padahal tak tdo lagi ni, meluap2 semangat...kat atas meje dah siap sepanduk…M.A.L.A.Y.S.I.A B.O.L.E.H
Bile dah bangun, masing2 cari makanan nak breakfast. kat luar gelap lagi..ade yang siap bawak bekal, pastu ramai2 kuar dari dari hall.. Make, bermulele episode Malaysia boleh…kiteorang naik tram. So aktiviti panas badan dan panas baran ialah bergambar di dalam tram sambil mencari musuh(penyokong pihak lawan). Selepas tu, tukar naik train lak menuju ke destinasi, bile dah sampai sane..perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ramai gile umat…….dan jugak musuh..time ni..mate melilau cari musuh, and penyokong Malaysia kiteorang jek, tak nampak batang hidung yang lain2. Belakang tiang gol kosong lagi, jadi ade peluang nak buat kampong. Mane2 budak Malaysia yang masuk stadium, kiteorang panggil. Penyokong fanatik India tak gempak langsung, paling kuat pon bawak bendere, tu pun kecik. ALAHAI!!!!!!!! Yang bising Malaysia jek. “Malaysia Bolehhhh!!!!!!!!!”
Gooooooooooooooooooooooooooooooooooool!!!!! Malaysia sumbat gol. Masing2 lompat tak kire tue, mude, miskin, kaye, putih, hitam. Perrrgghhhhhhhhh!!!!! Hebat gile. Ala pastu India lak sumbat gol, tu pun sebab defender Malaysia duduk berdiri, buat2 pandang atas, buat2 tak nampak…Kasi can..game habis, seri satu same…tapi semangat kiteorang tak habis. Kasi semangat sket kat pemain and kat abang kamere..kasi masuk tv sket. Hehehhehehehehehheheheheehehehe.

Lawak dowh komentari nih. Kasi "E" skit... eeeEEeeEEEEeeeEEEEEEee... Wed 22-Mar-2006 13:15
Posted by:tina
apa lu crita tina...nak gadoh ke? nak eeeee depan2 ah tengok bla tak bla Thu 23-Mar-2006 22:44
Posted by:fre-do
*Nak 'E' depan2*

eeeeeeeEEEEEEEEEeeeeeeeeeeEEEEEEeeeeEEeeeeeee
Fri 24-Mar-2006 08:13
Posted by:Tina
View all 5 comments Add comment


Saturday, 11-Mar-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Bob Wodonga Wedding

 
 
 
View all 5 photos...

Care to comment?


Sunday, 5-Mar-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Tourism Malaysia - Takraw Demo

 
 
 
View all 12 photos...

Alahai.... maner gambo awek cun tu sume? Wed 22-Mar-2006 19:03
Posted by:Shah
ade, tapi sume top secret le, mase kat belakang stage, hehehehhe Sat 25-Mar-2006 03:00
Posted by:fre-do
Add comment


Saturday, 4-Mar-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Spring Cleaning & BBQ

 
 
 
View all 18 photos...

ahhhhhhhhhhhhhh, ape cite? gambau gua sket jek!! ahhhh berlakon spring cleaning balik, amik balik gambau gua, Tue 21-Mar-2006 00:20
Posted by:fre-d
ntah..peceter, aku pon takde, tak cukup nsem ke wei nak menghiasi fotopages nih? Tue 21-Mar-2006 10:14
Posted by:pyan
Pasrah la kengkawan... kasik can ngan getah2 elastik plak Tue 21-Mar-2006 10:43
Posted by:Tina
Add comment


Saturday, 25-Feb-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Induction

keat: hah, hang budak baru, mai sini, aku nak piat2 skit
muiz: wei apeng, ko lukis muka aku tuh radius pipi kasik btul k?
nadia: hah budak2 baru, air mana, mana?tak sampai2 nih..
View all 7 photos...
sedar tak sedar dah tahun baru, semester baru iye kenkawan. adat di hall, orang2nye silih berganti, yang lama pulang memberi laluan pada mereka yang baru. bak kata syaz, getah2 lembik diganti ngan getah2 lebih elastik. dan diharapkan getah2 elastik nih la memberikan semangat dan menyerikan lagi hall kita yang disayangi ini. harapan penulis pada mereka2 yang baru ini, setinggi mana piala dijulang, tinggi lagi martabat dijunjung!

siti: iyer betul siti, itulah abang yang keluar rtm tuh..

nora: yang pakai baju kuning ka? nama die yanti..
Tue 21-Mar-2006 15:12
Posted by:pyan
takla, brader yang dok depan tu, kacak la Wed 22-Mar-2006 11:25
Posted by:nora danish
takla, brader yang dok depan tu, kacak la Wed 22-Mar-2006 11:25
Posted by:nora danish
View all 6 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.