|
|
| Monday, 23-Oct-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selamat jeng jeng jeng Hari Raya... Hari untuk kita bersuka ria.
|
 |
|
st breakfast after a month fasting....nyum2
|
|
 |
|
kite boleh tengok, singleke double, tengok kedudukan tangan
|
|
 |
|
complete set, bersamping, bersejadah, berbaris
|
| | View all 63 photos... |
|
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 22-Oct-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sehari menjelang Syawal...
|
 |
|
banner yang best
|
|
 |
|
suri rumah dan bakal suri rumah membzkan diri
|
|
 |
|
kawe sero sedey, tokleh kelik, hikhikhik
|
| | View all 18 photos... |
|
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 14-Oct-2006 19:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Dipetik dari Salam Perantauan www.utusan.com.my
|
|
Saya, Zairustina Binti Putit, pelajar tahun akhir BA in Environmental and Development Studies, Melbourne University, ingin menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada keluarga dan sanak saudara yang berada di Miri, Bintulu dan Kuching, Sarawak; sahabat handai di seluruh Malaysia (terutama sekali ex-UiTM Shah Alam dan SMKDP, Miri) serta rakan-rakan sepejuangan di Melbourne. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat tersayang di Malaysia Hall Melbourne, ahli jawatankuasa dan ahli-ahli Kelab UMNO Australia Melbourne dan semua yang mengenali saya. Saya mohon maaf di atas segala kesilapan dan kekurangan di sepanjang perkenalan kita dan saya berharap agar Aidilfitri kali ini akan mengukuhkan lagi tali silaturahim sesama kita. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Salam Aidilfitri kepada Papa,Mama,Abedi,Along dan Angah.
Maaf Zahir dan Batin
Kami dari Kelab Dewan Malaysia Melbourne (KDMM) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat keluarga tercinta, saudara mara dan semua yang mengenali kami.
Indah Diterangi Cahaya Pelita
Menyinari Malam Di Hari Raya
Jari Disusun Maaf Dipinta
Salam Aidilfitri Buat Semua
Makan Ketupat Di Pagi Raya
Bermaaf-Maafan Penghapus Dosa
Ingatlah Pada Kami Semua
Merantau Jauh Dipelusuk Dunia
Kiri dari barisan ke-4 (paling belakang):
Muhammad Khairul Ikhwan Muhammad Ali, Mohd Alwis Sulaiman,Mohd Fadzli Md Hassim, Mohd Hafiezy Abdul Haleem, Norizan Mohamad, Abdul Razak Idris dan Noor Azizi Mardi.
Kiri dari barisan ke-3:
Muhammad Haziq Lim Abdullah, Syaripah Nazirah Syed Ager, Rosafizah Mohamed Idrus, Norashikin Ahmad dan Nurul Anis Omar.
Kiri dari barisan ke-2:
Nur Alinawati Abdul Manap, Rizalawati Ismail, Nur Amaleena Hafiza Muhd Zain, Noor Haryana Noor Sidin, Aeslina Abd Kadir dan Syazrin Dayana Maizan.
Kiri dari depan:
Choy Ai Ling, Chong Sheau Tsuey, Nadia Zulkefli, Musaropah Sapihis dan Zairustina Putit.
Kami dari RMIT University,Melbourne University mengucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin terutamanya kepada keluarga yang berada di Melaka,Negeri Sembilan dan Kelantan tidak lupa juga kepada sanak saudara,kekasih, rakan-rakan, pensyarah di Politeknik Merlimau Melaka dan kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan serata dunia.Doakan kejayaan kami disini dan tahun ini kami tidak dapat pulang ke kampung halaman kerana tugas dan tanggunggungjawab yang perlu dilaksanakan. Abah, Emak, Angah, Ada, Ala, Han, Faiz jangan lupa Along kat sini sentiasa merindui.
dari kiri: Mohd Khairul Ikhwan(Bac.Elc.Eng) Mohd Awis Sulaiman(Bac.Arch),Ust Razak Idris(Phd.Php) Freddy(Bac.Arch) Hafiezy (Bac.Cvl & Finance )
Pengirim : Muhamad Razak Idris dan isteri Syaripah Nazirah Syed Ager
dari Universiti Melbourne, Australia
Kepada : Seluruh keluarga yang berada di Jerantut Pahang, Wakaf Bharu dan Pasir Mas Kelantan serta seluruh sahabat handai yang mengenali
Ucapan: Selamat Hari Raya AidilFitri dan Maaf Zahir Batin.
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada adinda Nur Ezzati Lim Abdullah dan tunang tersayang Aida Mohd Roslan. Tidak ketinggalan juga kepada keluarga angkat di Kedah, guru-guru (SMSK, SMTK, SAL & UKM), rakan-rakan (KUTKM, Maybank, OAS, XYBASE, UKM, UPM, leen, opah, farid, yart, anip, epain, julai, aiza, aina, aizat, aini, shah), anak didik (BMCS, BEKP, DEN, X-DIT) dan sesiapa yang mengenali diri ini.
Main Mercun Bersuka Ria
Beli Lemang Dari Seberang
Menjamu Juadah Dipagi Raya
Kenanglah Daku Dirantauan Seorang
Selamat Hari Raya Aidilfitri di ucapkan kepada Abah,Umi,Kak Nonie, Abe Cik, Mat Apih,Mat Shafiq,Nek ,Ayoh Sue dan semua ahli keluarga yang kini sedang berada di Kota Bharu, Kelantan. Tidak lupa kepada semua saudara dan sahabat handai yang mengenali diri saya. Maaf Zahir dan Batin diucapkan dari Muhammad Khairul Ikhwan bin Mohd Ali, Royal Melbourne Institute of Technology, Australia.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 8-Oct-2006 18:54 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mooncake Festival!!
|
|
More pics are comin soon... tungguuuuu!!!
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 3-Oct-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tulip Farm Trip!!
|
 |
|
lirik mate mu buat ku tertarik...perghhhhhh tak boleh handle
|
|
 |
|
everybody, start ur engine
|
|
 |
|
i don't know, which one i have to go first, plsss guide me
|
| | View all 41 photos... |
|
OoooooOOOooooo.... canteknyeeeeee..... Banyak nye bungeeeee.... Panasnye... Tak ke best kalo boleh makan? EeeEEeee ramainye orang.... EeeEEe... muka rasa melekit la.. Bestnyeee kalau boleh basuh muke ngan air time panas2 ni... Ish... asal cam ade bau nasik tomato je ni? ...
Berikutla diantara dialog2 yang kedengaran ketika lawatan ke Tulip Farm tempoh hari. Seramai 15 orang Cempaka, Kemboja, Mawar, Melati, Teratai, kumbang dan yang sama waktu dgnnya telah turut serta di dalam aktiviti kelolaan Cik Kenanga (yang masih dlm mood flowery flowery berikutan piknik hari tu ). Aktiviti ini bukan saja telah berjaya mendedahkan beberapa bakat2 baru dlm bidang pe-model-an malah ianya juga telah menjadik platform utk warga2 hall yg baru utk belajar cara2 organize, rent keta etc. yang sudah pastinya amat berguna untuk aktiviti2 akan datang.
Enjoy the pics... say cheeeeesseeeeeeee......
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 24-Sep-2006 13:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selamat Hari Raya!!!
|
 |
|
sume sedey sebab kene amik gambo sebelom pose...hehehehe
|
|
 |
|
yeye sume suke, tengok raye betul nanti, sume melalak
|
|
 |
|
kami residen malaysia hall melbourne mengucapkn selamat berpuase
|
| | View all 29 photos... |
|
Di hari raya...
Terkenang daku kepada si dia...
Kampungku indah nun jauh di sana...
Ayah serta bondaku...
Yahhh.... it's that time of the year again! Kelab Dewan Malaysia Melbourne kini kembali sekali lagi dengan sesi tangkapan gambar pose baaaaeeekkkk punye sempena Aidilfitri 2006. Misi yang dimulakan seawal 8pg ini (tapi last2 pukul 10am jugak baru start nak bergambar ) telah diketuai oleh jurugambar (dan pemain keyboard berbakat ) bertauliah yg diimport khas dari Swinburne Uni (ape cite promo abis nih? ) yakni Cik Syazrin Dayana atau nama manje nye, Syaz. Angin bertiup agak kencang ye puan2 hari tu. Bukan itu saje, malah angin tu plak stok yg sejok salju semacaaam jek. Boleh dikatakan (bagi mereka2 yg pertama kali beraya di Melbourne) pengalaman tersebut sudah cukup utk mendedahkan kepada mereka atmosfera beraye di oversea. Di sebalik kemanisan dan kehenseman model2 pada hari itu, masing2 sebenarnye menyembunyikan bebunyi getaran lutut akibat sejuk yg teramat Ni baru preliminary Raye ye kawan2. Yang penting nye, kita perlu bersama2 menyempurnakan ibadah puasa di bulan yang penuh keberkatan ini.
Dengan ini Kelab Dewan Malaysia Melbourne mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak. Semoga bulan Ramadhan kali ini menjadikan kita umat Islam dan warga Malaysia yg lebih bejaya.
Sekian.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 9-Sep-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Malam Tautan Mesra Merdeka 2006
|
|
Pheeewwwiiiitttt..... nak gi mane pakai lawa2 nih?
Hah.... kalau nak tau, hallians (dan friends of hall) kali ni mengeluarkan baju2 raye masing2 (dan yg sama waktu dgnnye) bagi majlis istimewa yang julung kali diadakan.
Majlis ini yang dinamakan Malam Tautan Mesra Merdeka 2006 telah diorganize oleh Encik Haziq (sebagai teraju utama - beliau juga merupakan tuan direktor teater - dan memegang watak orang kampung ;p - untuk teater "Rebah Dipinggiran") dan dibantu oleh Encik Adil. Tema malam tersebut adalah "Elegance". Hah... tu lah sebab nye pakai tie ape semua. Heheheheh...
Berbalik kepada majlis tersebut, ia telah diadakan di Sawasdee (oits. Promo free nih.) Restaurant. Yang bestnye, boleh tgh best2 abis makan entree tu, tetiba restaurant tu BLACKOUT. Nih bukan main2 punye black out. Nih satu blok punya black out. Nak dekat 2 jam jugak la duduk dlm gelap (with candles, of course . Tgh boring2 tunggu tu, ape lagi? Pegila nyanyi ramai2 kai piano tu. Maklum la, tgh lapar, nak tak nak, kenela lepas tension kat situ. Hehehehe...
Anyway, sebelum terlajak bercerita panjang (takut jadi cerpen la pulak), this was a successful and not to mention, unforgettable moment for the hallians. It's moments like these that strengthen the special bonds among hallians. Semoga lebih banyak majlis sebegini diadakan... (dan kali nih, gimik ape plak wahai Encik Haziq? ;D) bagi menguatkan lagi tali silaturahim sesama kita.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 2-Sep-2006 13:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sambutan KEMERDEKAAN ke-49
|
|
Tanggal 31.... bulan lapan 57!!! Hari yang mulia, hari bahagia sambut dengan jiwa yang merdeka!!...
Sambutan Kemerdekaan ke-49 di Dewan Malaysia Melbourne kali ini disambut dengan meriah. Pelbagai aturcara istimewa telah diadakan dari jualan gerai (sedaaaaapppp!!), persembahan baju kebangsaan untuk kanak-kanak ke tayangan kemerdekaan, cabutan bertuah dan (yg paling best - heheheh...) persembahan teater "Rebah di Pinggiran" oleh hallians bagi menyambut hari yang bersejarah ini.
Sambutan diserikan dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu Pengarah MSD Australia, Tuan Haji Musa Mansor. Tambah menggembirakan lagi, lebih 500 pengunjung yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan warga Australia turut berpusu-pusu hadir menyambut hari kemerdekaan kita.
Merdeka kali ni memang BEST!!!!
Dengan ini Kelab Dewan Malaysia Melbourne ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN ke 49 kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira dimana anda berada.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!
Keranamu Malaysia.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 1-Sep-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Malam Ambang Merdeka 2006
|
 |
|
selamat hali laya, ni hen mei li
|
|
 |
|
name saye rahsie, single but no available
|
|
 |
|
para haidirn yang datang menjayakan program
|
| | View all 23 photos... |
|
Malam Ambang Merdeka 2006 telah diadakan sebagai pembuka tirai untuk sambutan kemerdekaan ke 49 negara kita. Ini merupakan diantara aktiviti-aktiviti yg telah menjadi sebahagian daripada tradisi menyambut kemerdekaan di Dewan Malaysia untuk sekian lama.
Untuk sambutan kali ini, Kelab Dewan Malaysia Melbourne memulakan acara dengan bacaan yassin dan kemudiannya disusuli dengan tazkirah pendek. Ini diikuti dengan persembahan istimewa dari residen-residen Dewan Malaysia dimana mereka mempersembahkan bacaan sajak (hasil nukilan mata-mata berbicara *winks*) dan nyanyian. Majlis kemudiannya dimeriahkan lagi dengan persembahan sajak dari kelab-kelab pelajar (VMPG, KUAM & MASCA) yang turut serta menyerikan majlis pada malam tersebut.
Semoga perisian pada malam tersebut mampu memberikan penghayatan yang lebih mendalam kepada kita tentang erti kemerdekaan.
Merdeka!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 17-Aug-2006 14:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jom Makan at En Fuad's newly-opened restaurant!!
|
 |
|
em ape nak makan ni, banyak sangat menu..aduuuh
|
|
 |
|
eh tak la..ni kuih bulan...saye pakar dlm proses pembuatannya
|
|
 |
|
kuih ni manyak bagus. makan satu boleh cover dinner
|
| | View all 30 photos... |
|
Restauran Jom Makan, Corner of Lonsdale and Russell St.
Jalan-jalan Cari Makan kali ini membawa anda ke sebuah restaurant yang baru dirasmikan pada Khamis lalu. Untuk pengetahuan para penonton semua ya, restaurant kali ini agak istimewa sedikit berbanding restaurant-restaurant lain kerana ia merupakan restaurant kepunyaan Encik Fuad, manager Malaysia Hall, yang juga merupakan diantara orang penting di kalangan rakyat Malaysia di Melbourne.
Restaurant Jom Makan tersebut dirasmikan dengan majlis doa selamat yang menyaksikan kehadiran lebih dari 50 warga Malaysia dari seluruh pelusuk Melbourne. Bacaan doa selamat kemudian nya disusuli dengan program makan-makan di mana hadirin dan hadirat disajikan dengan jamuan istimewa dari chef2 bertauliah yang dibawa khas dari Astorial (Kak Sab) dan Malaysia Hall (Kak Jie).
Jika anda ingin berkunjung ke Restaurant Jom Makan, ianya terletak di Corner of Lonsdale and Russell St - berhadapan dengan sebuah bank.
Kepada Encik Fuad, tahniah saya ucapkan. Saya dan warga krew Jalan-Jalan Cari Makan mendoakan kejayaan Restaurant Jom Makan.
Saya Maria Tunku Sabri melaporkan untuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Bertemu lagi di hari dan waktu yang sama pada minggu depan. Ape lagi? JOM MAKAN!!!
|
|
|
|
|