Want your
own Fotopage?







 
Malaysia Hall 's FotoPage
Malaysia Hall
By: Malaysia Hall Melbourne

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 12-Mar-2007 11:49 Email | Share | | Bookmark
dinner farewell tina

kunjungan anak beranak family naza and lily with baby hayden
ketike kenyang
pasukan bola jaring malaysia hall
View all 6 photos...
Orang mengantuk disorongkan bantal, orang lapar disorongkan makanan...nyum2...thanks to Tina kerana menganjurkan pesta makan-makan yang di adakan di malaysia hall yang tercinta untuk meraikan kepulangan beliau ke tanah air yang tercinta (setelah 2 tahun tidak pulang dan hampir2 melupakan Miri yang tercinta). Tetapi tiket tak dapat lagi, mari kita sama2 berdoa agar tiket nya selamat sampai ke Melbourne.Amin

Alhamdulillah, tiket saye telah selamat sampai. Saye jugak telah selamat sampai ke Miri tercinta. Terima kasih diucapkan kepada yg hadir. Kpd yg tak hadir, terima kasih juga sebab sudi sms dan sebagainya.

Thank you for the time guys. And thank you to Bourke St Boys for the performance. Memang gempaks.

Salam mee goreng semua.

Wed 21-Mar-2007 07:40
Posted by:tina
semoga anda berjaya meluaskan cawangan restoran nasi goreng miri anda....muahahahahaa Wed 21-Mar-2007 10:22
Posted by:pyan
bourke st boys baru sahaje menerima tawaran berlakon semalam, syukur dengan bakat yang ade, menjadikan kami lebih dekat dengan peminat sume, teruskan lah menyokong kami, cinte kami hanyelah untuk anda semue Thu 22-Mar-2007 00:15
Posted by:fre-d
Add comment


Sunday, 11-Mar-2007 03:43 Email | Share | | Bookmark
kuam bbq 2007

3 jantan pingitan diambil gambarnye tanpe pengetahuan mereke
posing dulu sebelum makan, ade markah
n ilak lepas dah makan. yeke?
View all 17 photos...
Bagai orang mengantuk di sorongkan bantal, begitula jua orang lapar disorongkan makanan. Malaysia Hall Melbourne telah menghantar kesemua ahli2nya ke program BBQ yang telah di anjurkan oleh KUAM. Disinilah program pertama biasanya para pelajar Malaysia bertemu dan bermah mesra sambil tangan memegang makanan.hehehhehehehe..Anyway thanks to KUAM kerana sudi menjemput kami dan di harapkan perbanyakkan lagi program2 makan seperti ini, mungkin pertandingan memasak ke? heheheh


Care to comment?


Saturday, 10-Mar-2007 11:52 Email | Share | | Bookmark
moomba festival

eeeeeeeeeww
uuuuuuuuuuuu
pong
View all 21 photos...
Moomba, dikenali sebagai "Moomba Waterfest" festival yang paling terbesar dan yang paling lama diadakan di Australia. Tapi pelik jugak, walaupun catuan air telah dibuat secara besar-besaran, namun ia tetap diadakan..apedaaaaa..syabassssss



ingat ye kawan2, moomba, bukannye moonba, disini perkataan moomba tidak memerlukan tajwid seperti yang diwar2kan iaitu n mati bertemu b(yang dikatakan iqlab), so takyah penin2 kepale ente untuk menyebut moomba, sekian terime kasih Fri 23-Mar-2007 20:21
Posted by:fre-d
Sat 14-Apr-2007 10:23
Posted by:Syazzo
Add comment


Sunday, 4-Mar-2007 06:39 Email | Share | | Bookmark
Sesi Induksi dan barbeque-si

Wah, wah... ceria nye muke!
Wajah-wajah mha-cho hol.
Hallians 2007
View all 38 photos...
Patah tumbuh hilang berganti.. sape yg dtg kene la induksi.

Yah... induction Sem 1/2007 kini tiba... kali ini dgn gaya yg lebih zass lagi mantap. Sudah menjadi tradisi Dewan Malaysia untuk mengadakan sesi ice-breaking atau induksi dan kemudiannya diikuti dgn sesi eating atau barbeque-si. Seperti semester2 yg lain, ini merupakan acara kedua susulan dari spring clean untuk sesi ini. Namun berbeza dgn semester2 lepas, induksi kali ini mempunyai temanya yg tersendiri iaitu Malaysian Hol Idol. Juri ade, presentation ade, semua ade. Bak kater pepatah, Simon Cowell jek takde.

Ape2 pon, tujuan induksi ini dijlnkan sebegitu adalah utk memupuk confidence di kalangan warga2 hol terutamanya warga2 baru. Selain itu, ia juga bertujuan utk memaparkan bakat masing2 di samping memastikan setiap residen boley saling kenal-mengenali. Ternyata induksi kali ni berjaya.

Tahniah diucapkan kpd Cik Nadia dan seluruh warga hol yg telah bersama2 menjayakannya.

Selamat dtg kepada warga2 baru Hol. Welcome to the family!


Friends of Hall yang pakai baju merah n ijau tu saper eik....mcm kenal jer...leh berkenalan tak....muahaha....ingat jgn x renew visa FOH nanti expired susah lak....hehehe. Mon 12-Mar-2007 04:03
Posted by:Haziq
bila la budak laki yg rambut gerbang tu nak berubah....muahaha Mon 12-Mar-2007 04:15
Posted by:Haziq
part of bourke street boys promotion, canner nak laku, lirik tak hafal, bab tu le semua pakai cermin mata, cos mata baca lirik kat dinding... pe cite... tak kewl... buat album kat kg. kon*** je la. opppsss (melatah pulak sebut nama kampung) Tue 20-Mar-2007 16:50
Posted by:Syazzo
View all 14 comments Add comment


Saturday, 3-Mar-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
It's cleaning time!

Aes bakal presiden yg berjiwa rakyat
Tina mendemostrasikan reaksi yg betul jika terhidu bau busuk.
Tahniah Encik Ruzzman. Sampai jek terus nolong.
View all 17 photos...
Gosok jgn tak gosok..

Semester baru... orang baru... dan sudah pastinya... hall pun berwajah baru. Seperti semester2 yg lepas, warga2 hall telah bersepakat bangun seawal subuh (err... part nih exaggerate sikit) dan bersama-sama berganding bahu membersihkan seluruh permukaan hall - tak kira di luar, dlm, atas, bawah, tepi, tgh dan yg sama waktu dgnnya. Hasilnya hall kini semakin selesa dan sedap mata memandang .

Tahniah dan terima kasih hallians semua!

Satu soalan jek.... Dimana kah Freddie aka Abg Didie??

Hah... dia la yg amik gamba. Bukan itu saja, beliau merupakan back-up kpd semua org yg memerlukan bantuan tambahan. Tahniah juga kpd anda ye Encik Freddie.


Whoa Lina.. Thu 8-Mar-2007 17:19
Posted by:Tina
What? Dude, Tina, your head's in the gutter, my dear. Sat 10-Mar-2007 11:25
Posted by:Lina
to dol and lina : nak tau nape takde gambo tong sampah besau tu, adil and fred. sbb im not the photographer. photographer yg tak bertauliah yg incharge on that day. takpela, kita maafkan dia.

to fred : caner nak tangkap gambo dia, kulu kilir dia dgn camera, canner nak tangkap gambo dia, kalo nak, tangkap muka sendri, reflect mcm pic eg & apeng tu pon jadila. steady macha..
Tue 20-Mar-2007 17:27
Posted by:Syazzo
View all 8 comments Add comment


Saturday, 3-Mar-2007 07:12 Email | Share | | Bookmark
Selamat pengantin baru Haziq

Dinda, dinda... dinda sayang kanda tak?
Selamat pengantin baru Haziq & Aida
Sama cocok sama padan bak pinang dibelah dua
View all 7 photos...
Direnjis-renjis, dipilis
Ditepungi lah tawar
Hai beras kunyit ditabur
Disiram si air mawar...

Jika dulu Haziq meninggalkan zaman persekolahan di Swinburne Uni dan menutup lembaran kehidupan di Melbourne sebagai pelajar, kini telah tiba masanya untuk beliau membuka lembaran baru dan melangkah ke alam yang seterusnya iaitu alam perkahwinan.

Tanggal 11 Februari 2007 merupakan tarikh bersejarah untuk sahabat kita Encik Muhammad Haziq Lim Bin Abdullah (aka Haziq tuan direktor) dan pilihan hatinya Cik Aida Mohd Roslan. Tarikh tersebut menyaksikan perkenalan yang disemai buat sekian lama diikat dgn ikatan suci di majlis yang telah diadakan di negeri Perak Daruk Ridzuan. Seluruh kaum kerabat, sahabat handai dari Malaysia dan Kampung Melbourne turut turun bersama-sama meraikan pasangan ideal ini.

Dengan kami di Melbourne mengucapkan selamat pengantin baru dan mendoakan agar Haziq dan Aida akan bahagia hingga ke akhir hayat.

Selamat pengantin baru!!





Terima kasih di atas sokongan kalian semua....baik yang datang, kirim sms, call, kirim doa dan sebaginya...terima kasih bebanyak. Kalo ke melaka jemput datang ke rumah.....peace....rindu kat melb.

p/s lina tiap minggu i turun kl la.
Tue 6-Mar-2007 12:13
Posted by:Haziq & wife
uish lina ni. jgn le kacau diorg. tgh mood hanimun lagi tu. betul ka haziq? Tue 6-Mar-2007 12:49
Posted by:abdila
Haziq,

Congrats aku ucapkan! Wah..diam2 ubi ko yer hehehe.
Mon 19-Mar-2007 15:53
Posted by::: E & F ::  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Sunday, 18-Feb-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Gong Xi Fa Cai!!

Chinese tea, coke & soy milk... semua ada!
Kuih-muih... buah-buahan pun ada!
Wow... yg nih tak leh tahan. Lazaaaattt!!
View all 16 photos...
Utk julung kalinya KDMM telah menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina. Sambutan ini telah diketuai oleh tak lain dan tak bukan, Cik Chong Sheau Tsuey. Bagi CNY kali ini, Chong (yang dibantu oleh Cik Ee Syn and Cik Sze Mei yang merupakan warga baru hall) telah menyediakan pelbagai jenis juadah istimewa yang bukan saja menyelerakan, malah menyemarakkan suasana sambutan Tahun Baru Cina kali ini.

Walaupun disambut secara kecil-kecilan namun ia telah berlangsung dgn jayanya. Sudah pasti sambutan CNY kali ini membuka lembaran baru untuk sambutan Tahun Baru Cina akan datang.

Dgn ini KDMM mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina.

Gong Xi Fa Cai!!




hello................what a nice photo!!!!!! Fri 2-Mar-2007 03:07
Posted by:leizel osorno leizel_osorno2002@yahoo.com
Waah, you guys all look so nice in red. Looked like a great time was to be had all around. Fri 2-Mar-2007 07:33
Posted by:Lina
Add comment


Monday, 29-Jan-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Bueno adiós Señorita Lina (gaya Mexicano)

Masing-masing muka happy dpt makan burger Ramly Melburn style
Aes: Hish Pyan. Kalo sedap pon jgn la sampai amik 3!
Whoah... sungguh beria Encik Pyan bersorak
View all 16 photos...
Maybe it's the smile. Maybe it's the laughter. Maybe it's the blush. Maybe it's the jelingan-yg- patut-nye-kasi-takut-tapi-tak-menakutkan. Maybe it's the love of cats. Maybe it's the ever-present "Awww.... cho...mey" at everythin cute. Or maybe... it's the Mexican accent.

Whatever it maybe, one thing is for sure, Lina is a wonderful person both inside and out. It's her compassion, her infectious jolliness and her kindness that have made her a significant member of the hallian family.

After almost two years as a part of Malaysia Hall, Lina kali nih menyusul jejak langkah rakan2 yang lain dan kembali ke Malaysia. Kepulangan Lina sememangnya amat dirasai malah ade yg cuba utk menghidupkan kembali ayat femes Lina namun tanpa Mexican accent, tiada sorang pun yg mampu nak imitate.

She really is one of a kind. Her return to Malaysia have literally put her among the long list in the Malaysia Hall's Hall of Fame.

With this, KDMM would like to thank you, Lina, for your tireless contribution to Malaysia Hall and its residents. We truly appreciate what you have done.

Good luck... we wish you all the best.

See you soon !!





Hi Maran! Kaba baik.... Semua org berkabar baik di sini. U pe kabar? Lamer tak singgah kat sini.

I dah selamat berkonvokasi dah. Balik? Tunggu MARA jemput... baru ler balik
Sat 3-Mar-2007 05:20
Posted by:Tina
melb kata pegi, mesia kata mari... takkan nk jadik pendatang tanpa izin kot nanti... nak balik free yek???
Thu 8-Mar-2007 17:20
Posted by:maran
Heheheh... kalo ade rezeki balik free naik kapal ala2 titanic, why not? Fri 9-Mar-2007 00:27
Posted by:Tina
View all 18 comments Add comment


Saturday, 20-Jan-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Bye Bye Dolah...

Dolah menikmati air paipan Melburn terakhir
Pose keluar hall dari Dolah
Cuba carik yg mane model Cotton On
View all 9 photos...
"If you need to know where to go to in Melbourne and the best ways and routes to go there, then you should talk to Dolah"

This is one of the most uttered phrases when it comes to this esteemed person. He was KDMM's former president. A choc cake chef. A persistent guitar player. A Hup Seng crackers fan. A hardworking and committed hallian. A sought-after tour guide. And of course, who could have forgotten his portrayal of (1,2,3..) Pak Hassan !!! (Hi Amy ;p)?

Those who know him well would know that on top of all these, Dolah is also a good person and a great friend - one who would go to extra miles just to make sure that everything is okay. He's been an important parcel of Dewan Malaysia and thus, his moving out (to Villa Brunswick) and eventually his return to Malaysia is deeply felt.

Despite this, Dolah remains a memorable character who's made Malaysia Hall a place called home to many.

With this, KDMM would like to wish you, Dolah, all the best and that your contribution and friendship are truly appreciated.

Bon voyage and good luck!















saya rindu melbourne. melbourne rindu saya tak?

-tgh melantak roti arab, cheese naan, beriyani ayam, neslo ais. layyyannn!! -
Sun 25-Feb-2007 16:07
Posted by:abdila
Possum semua rindukan Dolz. But I think Pyan Possum lagi la rindu kat Dolah.

-sambil menikmati Indo Mee goreng (letak bwg goreng skit, mushroom skeet) dan air paip -
Mon 26-Feb-2007 21:58
Posted by:Tina
Dolah....ape cite? kenapa dah balik, tak sempat nak nangis untuk dolah Sat 17-Mar-2007 14:02
Posted by:k.g
Add comment


Saturday, 20-Jan-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Sambutan Maal Hijrah 1428

Antara tetamu yg hadir
Azizi selaku pengerusi majlis
Dr. Ali memberi sepatah dua kata
View all 20 photos...
Assalamualaikum....

Alhamdulillah... buat julung kalinya Kelab Dewan Malaysia Melbourne telah berjaya menganjurkan sambutan Maal Hijrah 1428H pada 20hb Januari bersamaan dengan 1 Muharram. Majlis ini telah dihadiri oleh warga Malaysia di sekitar Melbourne. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ustaz Nushi Mahfodz yg dijemput untuk menyampaikan tazkirah Maal Hijrah. Semoga kejayaan majlis kali ini akan diteruskan pada masa akan datang.

Kelab Dewan Malaysia Melbourne dengan ini mengucapkan selamat menyambut Maal Hijra.

Wassalam.

aku tau la budak2 mmg suka ngan aku... hehe *gelak malu2* Thu 25-Jan-2007 15:59
Posted by:abdila
mmg lah, bg lah Mon 19-Feb-2007 14:23
Posted by:LiL sIs
susah betullah bercinta dengan jejaka perasan! Wed 21-Feb-2007 02:51
Posted by:nadia zulkefli
Add comment


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.